Dec 14, 2005

"Kuasa berKuasa.."

Cuma ada dua kuasa yang agung di dunia ini. Satu TUHAN. Dua HANTU. Terbalikkan aja.

Dua kuasa tempat manusia 'mungkin' bergantung. TU-HAN-TU

Pada TUHAN, percaya maknanya IMAN
Pada HANTU, percaya adalah KUFUR

Satu sms yang diterima baru-baru ini berbunyi:-Allah menciptakan kita supaya menjadi hambaNYA. Kalau kita tak jadi hambaNya, kita akan jadi hamba kepada syaitan dan hawa nafsu (HANTU)

Yang mana dekat pada kita? Tuhan atau hantu? Kita sedar kita di mana selalunya?

Ada yang bersedekah dan berlalu dengan doa. Biarlah tak siapa nampak laku kita, asalkan Allah tahu keikhlasan ini. Keduanya, sedekah juga tapi tunggu flash dari kamera. "Weh, satu juta tau aku derma semalam. Kau jangan bagi tau sesapa pulak"

Ada satu 'pesanan'..buatlah apa yang Allah suka dan tinggalkan apa yang Allah tak suka. Itu hakikat BerTUHAN..

Ada satu 'dorongan'..pergilah kutip sampah tu, nanti orang tengok kau buat, mesti diorang puji. Itu hakikat berHANTU..

keIKHLASan kita?

Jika ditanya mana letaknya ikhlas, ia sesuatu yang sukar nak dijelaskan. Umpama kucing hitam di dalam sebuah bilik yang gelap. Hal kita dengan Tuhan. Sebab Tuhan yang menciptakan kita. DIA lebih tahu.

Apa yang masih kita boleh kawal dan tahu adalah NIAT sendiri. Untuk apa kita laksanakan segala? Untuk TUHAN atau HANTU?

Ada dua pulangan sahaja di kala dunia kita tinggalkan. Satu SYURGA. Dua NERAKA. Semua orang percaya. Tanyalah pada kepercayaan kita sendiri.

Pagar SYURGA itu dikelilingi oleh perkara yang manusia TAK SUKA nak buat.
Pagar NERAKA dikelilingi pula oleh perkara yang manusia SUKA nak buat.

Kita menuju mana?

No comments: